Thursday, February 3, 2011

pili bomba vs keegoan manusia

 23.01.2011
3.30pm
kubang kerian kelantan.
gamba ni aku snap di hadapan mydin hypermarket di kubang kerian. sebenarnya entry pasal gmbal ni dah lama aku nak tulis tapi akibat kesuntukan waktu dan aku baru belajar cara watermark gambar menyebabkan cerita pasal pili bomba ini aku tangguhkan. berbalik pada tajuk di atas.
apabila aku terlihat manusia meletakkan motorsikal di kawasan pili bomba terus terdetik di benak fikiran ku adakah penunggang motorsikal ini tiada lesen? atau kalau ada lesen adakah dia memiliki lesen "terbang"? soalan-soalan begitu berlegar di fikiranku kerana untuk memiliki lesen memandu seseorang itu hendaklah menjalani prosedur-prosedur yang telah di tetapkan oleh pihak jpj. antaranya ialah menghadiri kursus kpp selama 5-8 jam di institut memandu yang di iktiraf oleh pihak kerajaan. dalam kursus yang di jalankan sehari suntuk ini sudah tentu di terangkan tentang peraturan-peraturan jalan raya dan sudah tentu telah diterangkan berapa jarak yang sesuai untuk meletakkan kenderaan dari kawasan pili bomba. tiada guna  kalau kita mempunyai ilmu tapi ilmu itu tidak dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
bagaimanakah cara untuk mengubah mentaliti dan tahap pemikiran seseorang individu serta melahirkan pemandu yang betul-betul berhemah di negara kita? peranan ini sudah semestinya terletak pada diri seseorang itu sendiri, kerana hanya kita yang mampu mengubah diri kita sendiri. sikap keegooan manusia serta mementingkan diri sendiri menyebabkan banyak pihak akan mengalami kesusahan jika sesuatu kecemasan berlaku. misalnya pihak bomba sudah semestinya akan mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran  kerana pili bomba ini terhalang, mungkin akan ada insan yang berkata alihkan la motorsikal itu. perkataan memang senang di ucap akan tetapi sudah semestinya motorsikal yang diletakkan di situ dirantai, serta dikunci maka menyebabkan pihak bomba mengalami kesulitan.
susah sangat ke nak letak kenderaan di tempat yang di sediakan? kalau la mereka yang melakukan kesalahan ini disaman sudah semastinya mereka akan melatah maka macam -macam la perkaatan yang terkeluar dari mulut yang tiada "insurans".jadi bagaimanakah cara untuk menimbulkan kesedaran pada diri seseorang insan itu. mungkinkah apabila sesuatu kebakaran berlaku keatas harta benda milik kita dan pihak bomba mengalami kesukaran hendak memadamkan kebakaran akibat dari kesalahan meletakkan kenderaan yang di lakukan oleh orang lain dan  pernah juga kesalahan ini kita lakukan baru kita hendak sedar? ayuhlah sama-sama kita berusaha mengubah diri kita untuk menjadi pemandu yang berhemah bukan sahaja ketika memandu di jalan raya bahkan kita seharusnya berhemah untuk meletakkan kenderaan kita di tempat yang sepatutnya.



 shukri@nmsni.com

No comments:

Post a Comment