Monday, February 7, 2011

pengalaman mengajar erti kehidupan

bagi aku setiap perkara yang berlaku pada diri ku atau berlaku pada orang di sekililing ku pada setiap saat dan waktu adalah pengalaman dan pengajaran yang berharga bagi ku. yang baik aku jadikan teladan yang buruk aku jadikan sempadan. setiap detik pengalaman yang berlaku aku akan ambil iktibar dan mengaplikasikan nya dalam meneruskan kelangsungan kehidupan selagi aku masih bernyawa. pengalaman mengajar aku menyelesaikan pelbagai masalah. jadi setiap masa aku perlulah sentiasa melakukan aktiviti yang berfaedah agar pengalaman yang aku akan perolihi memberi faedah kepada kehidupanku di hari mendatang,.
setiap hari yang dilalui pelbagai pengalaman yang aku perolehi ada yang baik, ada yang menyakitkan untuk di telan, ada yang pahit, ada yang gembira, ada yang duka tetapi apapun semua itu adalah asam garam kehidupan. penghidupan kita ibarat seperti roda, mungkin hari ini kita berada di bawah dan tidak mustahil jika esok kita berada di atas jika setiap ruang masa kita gunakan dengan sebaik mungkin, pengalaman mendewasakan dan membebaskan kita dari kelompok di dibawah seterusnya menuju ke puncak. akan tetapi harus di ingat mungkin kita akan berada di takuk lama jika kita tidak berusaha untuk berubah dan mensia-sia kan masa serta tidak mengambil iktibar dari pengalaman yang kita tempuhi setiap hari.
selagi ada waktu
selagi ada peluang
selagi ada ruang
selagi ada tenaga
berubah untuk kebaikan penghidupan akan datang agar setiap apa yang kita lakukan diterima dan diberkati oleh ALLAH.

buka minda, buka hati, kenali diri.
Assalamualaikum


shukri@nmsni.com

No comments:

Post a Comment