Friday, January 28, 2011

tak sempat

dah beberapa hari aku tidak post di blog ku kerana terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan. setiap hari apabila on the way ke sesuatu tempat aku akan memikirkan tentang blog ini pelbagai idea yang berlegar di ruang minda ku tentang apa yang aku hendak postkan. akan  tetapi oleh kerana aku seorang "budak" yang baru nak belajar berblogging, idea itu masih belum dapat aku coretkan di blog ini. insyALLAH  akn aku belajar dari masa kesemasa. terima kasih di ucapkan kepada yang memberi komen yang positif tentang blogku dan memberi kata semangat. tidak dilupakan kepada pemilik blog ini yang menggunakan gelaran pa"chik di ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengajar ku cara watermark gambar. di harapkan ramai lagi yang sudi mencurahkan ilmu untuk aku meningkatkan ilmu yang ada di dadaku.



shukri@nmsni.com

Monday, January 24, 2011

kemalangan maut

Kota Bharu
24 JAN 2011
10.45 AM

kemalangan ini berlaku di pusat bandar kota bharu iaitu di simpang empat berhampiran kamdar.
pelbagai versi cerita terkeluar dari mulut orang awam yang menyaksikan kemalangan ini. meraka saling bercerita antara satu sama lain.aku tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku. tapi aku sempat merakam beberapa gambar menggunakan telefon bimbit "cap ayam" milikku.


menurut cerita orang awam yang singgah di telingaku ialah sebuah  kereta kembara melanggar belakang sebuah kereta savy yang berhenti di persimpangan jalan kerana lampu isyarat yang sudah bertukar merah menyebabkan kereta savy itu melanggar sebuah motorsikal yang berhenti di hadapannya. penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.manakala kereta kembara terus meluncur laju ke seberang jalan dan terus melanggar "diwider jalan .seterusnya melanggar motorsikal yang di letakkan di hadapan kamdar

akhirnya kereta kembara itu berhenti

apabila melanggar sebuah kereta kenari yang juga di letakkan di hadapan kamdar
gambar kereta savy dan juga motosikal serta penunggang yang maut aku tidak snap kerana:
1. aku akn berasa gementar serta menggigil pabila menghampiri tempat sebegitu
2. malu sebab aku hanya gunakan telefon bimbit cap ayam untuk snap gambar sedangkan orang lain guna pelbagai telefon canggih dan pelbagai kamera berjenama seperti canon dan nikon.

ada orang cakap kereta kembara tu kejar lampu hijau tapi mungkin jugak pemandu kerata kembara itu panik apabila melihat lampu sudah bertukar menjadi merah lalu tersilap tekan pedal minyak sedangkan mahu menekan pedal brek.inilah yang dapat aku nukilkan berdasarkan cerita orang awam yang singgah di telinga ku ditempat kejadian kerana cerita yang disampaikan boleh diterima logik akal. apa yang sebenar berlaku aku pun tidak tahu . Wallahualam.
 tapi apa yang pasti yang pergi tetap pergi jua.
Al- Fatihah

update 27/01/2011
ternyata apa yang aku dngr dari org ramai tidak tepat. aku telah merujuk artikel daripada akbar sinar harian pada  25/1/2011

tak dapat baca? jangan risau... hari ini saya menerima vedio dalm inbox fb . mungkin video ini dirakam melalui cctv sebuah kedai di kota bharu sila klik di sini untuk menonton vedionya
shukri@nmsni.com
-cara penulisan aku yang bahagian atas tentang lokasi tarikh dan masa aku tiru dari web ondscene.my
  terima kasih di ucapkan kepada abg sham moga di halalkan ilmu yang aku ceduk dari blognya.
-watermark aku tidak letakkan pada gambar sebab aku tidak tahu bagaimana caranya. jadi kepada sesiapa yang sudi mengajar aku boleh la e-mail kepada ku caranya.

Sunday, January 23, 2011

tiba-tiba terlintas di fikiran ku

bila saja aku buka akaun fb aku kerana aku nak beritahu rakan-rakan yang aku nak tutup akaun fb tetiba je terlintas di fikiran ku tentang apa yang aku copy paste daripada post kawan ku ianya berbunyi begini

SALAM !! ,rakan2 sekalian dimohon untuk: Buka komputer/laptop anda pada direktori C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernama J0285926 . Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka). HAPUSKAN ! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia.SEBARKAN SEMAMPUNYA..
memang benar ada gmbar yang dinyatakan seperti di atas .. jadi  sekarang ni aku dah delete la gmba tu daripada laptop ku....
kepada pembaca sekalian buat la keputusan sendiri ek sama ada nak delete atau pun nak simpan buat kenangan...

hari pertama aku bersam blog ku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ini ahad 23/01/2011 aku mula membina blog. blog ini aku nama kan blog ku sebab ini blog aku....
tujuan au membina blog ini ialah:
1.blog ini adalah tempat untuk aku mencoretkan apa yang ada difikiran ku dan sebagai berpesan kepada diriku sendiri kerana aku ni insan yang kerdil sahaja akan tetapi jika sesiapa yang ingin mengambil iktibar daripada setiap coretan ku dipersilakan la..
2.mencoretkan apa yang berlaku di sekelilingku termasuk yang berlaku ke atas ku.
3. untuk menghapuskan akaun fb milik ku sebelum ianya di hapuskan oleh orang lain.
4. untuk masuk peraduan ini. kalau dapat kamera pun jadi la.hahahaha.

dalam benak fikiran ku sebenarnya banyak idea yang ingin aku post  kan di blog ini tapi aku tak tuhu bagaimana nak nukilkan dalam blog ini. akan ku cuba buat yang tebaik pada hari yang mendatang. antara yang aku nak post ialah sudah tentu la pasal pili bomba kemudian tentang blog yang sentiasa aku follow up ialah ondscene.my. dan macam-macam lagi la.
untuk permulaan ini sahajalah yang aku dapat coretkan....
lasty, untuk ingatan kepada semua yang mengenali aku lepasni aku dah offkan akuan fb ku so kalu nak tahu perkembanganku jemput-jemput la singgah ke blog ku tak pun call sms atau call je . tapi kalau kedekut kredit email je la kat aku....
Assalamualaikum dan selamat malam.


shukri@nmsni.com