Monday, January 24, 2011

kemalangan maut

Kota Bharu
24 JAN 2011
10.45 AM

kemalangan ini berlaku di pusat bandar kota bharu iaitu di simpang empat berhampiran kamdar.
pelbagai versi cerita terkeluar dari mulut orang awam yang menyaksikan kemalangan ini. meraka saling bercerita antara satu sama lain.aku tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku. tapi aku sempat merakam beberapa gambar menggunakan telefon bimbit "cap ayam" milikku.


menurut cerita orang awam yang singgah di telingaku ialah sebuah  kereta kembara melanggar belakang sebuah kereta savy yang berhenti di persimpangan jalan kerana lampu isyarat yang sudah bertukar merah menyebabkan kereta savy itu melanggar sebuah motorsikal yang berhenti di hadapannya. penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.manakala kereta kembara terus meluncur laju ke seberang jalan dan terus melanggar "diwider jalan .seterusnya melanggar motorsikal yang di letakkan di hadapan kamdar

akhirnya kereta kembara itu berhenti

apabila melanggar sebuah kereta kenari yang juga di letakkan di hadapan kamdar
gambar kereta savy dan juga motosikal serta penunggang yang maut aku tidak snap kerana:
1. aku akn berasa gementar serta menggigil pabila menghampiri tempat sebegitu
2. malu sebab aku hanya gunakan telefon bimbit cap ayam untuk snap gambar sedangkan orang lain guna pelbagai telefon canggih dan pelbagai kamera berjenama seperti canon dan nikon.

ada orang cakap kereta kembara tu kejar lampu hijau tapi mungkin jugak pemandu kerata kembara itu panik apabila melihat lampu sudah bertukar menjadi merah lalu tersilap tekan pedal minyak sedangkan mahu menekan pedal brek.inilah yang dapat aku nukilkan berdasarkan cerita orang awam yang singgah di telinga ku ditempat kejadian kerana cerita yang disampaikan boleh diterima logik akal. apa yang sebenar berlaku aku pun tidak tahu . Wallahualam.
 tapi apa yang pasti yang pergi tetap pergi jua.
Al- Fatihah

update 27/01/2011
ternyata apa yang aku dngr dari org ramai tidak tepat. aku telah merujuk artikel daripada akbar sinar harian pada  25/1/2011

tak dapat baca? jangan risau... hari ini saya menerima vedio dalm inbox fb . mungkin video ini dirakam melalui cctv sebuah kedai di kota bharu sila klik di sini untuk menonton vedionya
shukri@nmsni.com
-cara penulisan aku yang bahagian atas tentang lokasi tarikh dan masa aku tiru dari web ondscene.my
  terima kasih di ucapkan kepada abg sham moga di halalkan ilmu yang aku ceduk dari blognya.
-watermark aku tidak letakkan pada gambar sebab aku tidak tahu bagaimana caranya. jadi kepada sesiapa yang sudi mengajar aku boleh la e-mail kepada ku caranya.

2 comments:

  1. Bagus ya penulisan anda,bagi info pada saya.saya tertarik dengan berita ini sebab kawan saya share video cctv kemalangan tsbt di facebook.rasa ingin tahu buat saya google berita ni dan jumpa blog anda.tahniah,teruskan usaha menulis blog.

    ReplyDelete
  2. boh... demo KLIK SINI
    buleh pehe doh raso tuh...
    demo klik ikut turute nombor la, hok nomor tigo tu, taip la nok tulih gapo.
    ni hok mudoh skali la nih...
    paka acdsee pun mudoh jugok, tapi panje nok wak tutorial gambar nih... heheeh...

    ReplyDelete