Wednesday, February 2, 2011

pengalaman di pizza hut kota bharu

dah bebnerapa hari aku tak coretkan sesuatu di blog ini akibat kesuntukan waktu. maklum la pagi puikul 6 bangun tidur kemudian pukul 7.15 am dah kene pergi yakin pandu untuk latihan motorsikal ( lagi sebulan dapat la lesen p huhuhu). latihan 1 jam je tapi menuggu giliran untuk menjalani latihan lebih lama dari itu. tension betul. berbalik kepada tajuk di atas
.
 pada suatu hari bertarikh 31 januari 2011 aku pergi ke pizza hut kota bharu untuk tebus pizza daripada baucer hot tiket. setelah selesai order aku dapat satu resit. waktu yang di cetak pada resit ialah 11.27 am (gamba resit tidak dapat aku upload nak tahu kenapa? baca sampai habis cerita).kalau tidak silap nama cashier yang tertulis pada resit ialah aida. aku tanya dia bila pizza siap. dia cakap 15 minit. jadi tanpa membuang masa aku ke maybank yang berdekatan untuk mendepositkan wang. aku keluar bank pukul      11.45 dan terus menuju ke pizza hut tadi . aku sampai disana lebih kurang pukul 10.47 am. terkejut jugak aku tengok ramai betul orang kat pizza ni. tapi kesian kat cashier yang bernama aida tadi kerana dia kene ambik order, kena amik pizza yang dah siap dibelakang kena panggil nama pelanngan yang pizza nya dah siap. semua kerja tu dia sorang saja yang buat maka kekalutan jelas berlaku pada setiap perbuatan nya. pada pandangan aku la sepatutnya dia ada pembantu la sorang atau dua ni tidak semua dia kena buat pelangan yang belum order beratur sampai ke kaki lima mana tidak kalut.
berbalik apa yang terjadi pada diriku aku pun tanya la aida pizza saya dah siap ke? dia pun cari la nama aku . dia cakap tak siap lagi aku rasa dah hampir 30 minit aku order. tapi tak pe la sabar je la aku pun keluar kejap sebab nak alihkan motor ku tempat parking yang betul bila nak alih tu ternampak la lori penguatkuasa mpkb  dalam hati nasib baik aku cepat kalau tidak tak pasal-pasal motorku masuk lori kerana nak beli pizza sebiji. aku parking tak betul pun sebab ada sebuah kereta yang pemandunya tak berhemah telah parking kereta di tempat letak motorsikal bila dah siap parking tu dalm kesibukan di tengah bandar kota bharu aku terdengar jeritam sesuatu lalu aku menoleh ke arah jalan raya aku ternampak seorang lelaki yang dah tua la membuka pintu kereta seorang wanita. mungkin kereta lelaki itu di gesel oleh kereta wanita itu lalu dia pun buka pintu kereta wanita terbabit untuk "kecek kiro" tapi dengan tak semena-mena wanita itu melalak memarahi pak cik tadi. tak boleh ke cakap elok-elok? ni tak melalak macam orang gila. dah la masa tu jalan jem. lalu datang la seorang lelaki cina memnenangkan keadaan. lelaki cina itu pun menutup pintu kereta wanita itu dan menyuruh pak cik itu bertolak ansur . pak cik itu akur apabila pak cik itu menoleh ke belakang untuk ke keretanya dengan tak semena-mena wanita tadi buka pintu dan "sound" pak cik tu dan dia terus pergi pergi . ish2 tiada budi bahasa betul. aku hanya mampu tersenyam apa aku boleh buat ialah amik iktibar dari peristiwa itu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.
berbalik kepada kepada pizza. aku terus menuggu jam 12.00pm aida pergi bertnya kepada chef wanita yang berada di belakang dah siap ke belum pizzaku dia cakap dalm proses. lima minit kemudian aida tanya lagi tapi belum siap lima minit lepas tu aida tanya lagi jawapan yang di terima pizza tidak siap lagi.12.15  aida minta resit pada ku dia terus ke belakang dia hulur kan resit pada chef yang berada disana kali ini chef lelaki. aida berkata cepat sikit pelanggan ni dah tunggu lama chef lelaki tadi mengambil resit yang di hulurkan sambil menjawab rilex la pelanngan yang order ramai.aida terus kedepan untuk menerima tempahan. dalam hati aku memang nak marah tapi tabahkan hati je la. aku rasa nak marah sebab
1. dah tunggu lama.
2. medengar suara ketawa dan gembira orong di dapur pizza. agak2 la wei nak 'galok' pun tak kan la nak suruh sampai orang kat luar dengar. takde kesopanan langsung..
maka aku terus menunggu 15 minit kemudian aida bertanya lagi kepada chef di belakang kemudian dia melulu kearah ku dia cakap kejap lagi pizza anda akan siap dan pizza hut beri sup percuma. maka terus terlintas di fikiran ku agak-agaknya pizza baru buat selepas aida amik resit dari ku jam 12.15pm tadi kut. kalu la macam tu nampak sangat la kelemahan pada sistem amik order. sup percuma? mungkin kerana aku tunggu terlalu lama.aku tetap bersyukur kerana dapat sup percuma tapi bagi ku masa lebih 30 minit yang aku habiskan di pizza hut tidak berbaloi. masa tidak boleh beli la wei lagi pun pepatah melayu ada berkata masa umpama emas, adakah sup itu lebih mahal dari emas? tentu tidak.jam 12.40 pm akhirnya penantian ku beakhir pizza yang aku order dah siap aida minta maaf kepada ku sambil menghulurkan pizza. aku maafkan dan aku tidak salahkan aida bagi aku yang salah ialah pengurusan di bahagian dapur.aku mahu mintak resit yang aida ambil dari ku tadi tapi aku kasihan melihat aida uang berda dalam keadaan kekalutan maka aku pun lupakan la pasal resit tu. maka beredar la aku dari situ meninggalkan pizza hut kota bharu sambil dalam hati terdetik aku tak mau lagi datang pizza kota bharu. banyak pengajaran aku dapat .antaranya:
1.kita hendaklah berkerjasama dan memberi kerjasama yang sepatutnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2.masa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit bahkan dangan dengan sup pun belum tentu terganti.
3.jika harga produk itu "first class" maka pengurusan pun kena la first class"

sekian.


shukri@nmsni.com

No comments:

Post a Comment